Panjang Sedap Dan Lazat Rasanya

on Friday, October 30, 2015

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Panjang Sedap Dan Lazat Rasanya. Ayat panjang tu biasa dengar dalam iklan television, tapi ayat sambungan di belakangnya itu syira tambah sendiri selepas syira merasa sendiri betapa sedapnya makan nasi daripada beras Basmathiking Jasmine.

Panjang Sedap Dan Lazat Rasanya
Panjang Sedap Dan Lazat Rasanya
Biasanya tiap tiap bulan beli beras Faiza Emas, namun sesekali tekak terasa mahu makan beras mahai, sambarlah juga walaupun masa membayarnya semacam nak gugur air mata. Tapi memang betul, beras Basmathiking ni memang memang sedap. Sedap sungguh. Kalau setakat makan berdua dengan suami, 5 kg tahan la sebulan, tapi kalau ramai sangat mulut, jenuhlah nak membelinya, makan beras murahla nampaknya. ngeee..
Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Keropok Lekor Glenmarie

on Thursday, October 29, 2015

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Keropok Lekor Glenmarie. Bila tekak terasa mahu makan Keropok Lekor, ceruk mana pun sanggup di cari asalkan hajat anak tekak dapat dipenuhi... hihi.. Namun, tinggal di Selangor ni faham fahamlah, susah kot nak jumpa Keropok Lekor yang sebiji sejibon rasanya seperti Keropok Terengganu Paling Sedap Keropok Lekor 008 Kelulut . Hantu betul lah diriku ini.. huhu...

Keropok Lekor Glenmarie
Keropok Lekor Glenmarie 

Cari punya cari, akhirnya terjumpa Keropok Lekor Glenmarie ini di Saujana Impian. Di kedai House Of Meat . Berat packing 1kg, tapi harga dah lupa, memang lupa sangat sebab dah lama beli baru update dalam blog. Keropok Lekor Glenmarie di jual segera , nanti balik rumah dah nyahbeku dan goreng kembali.

Keropok Lekor Glenmarie  1
Keropok Lekor Glenmarie  1
JOm menjamu selera dengan Keropok Lekor Glenmarie . Nak cakap tak sedap salah, nak cakap sedap pun salah. Apa yang penting, masih boleh dimakan dan diterima oleh tekak ku ini. Biasalah, tekak keropok lekor, susah sikit nak berubah... haha
Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Coklat Coco Jeli

on Monday, October 26, 2015

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Coklat Coco Jeli . Dulu sewaktu kecil kecil suka sangat nak makan Coklat Coco Jeli ni, tapi masa tu susah, nak beli sebiji pun berpeluh dahi. haha. Ada rezeki dapatlah merasa sekali sekala, tapi banyak tidak dapat merasa daripada dapat merasa,heheh..

Coklat Coco Jeli
Coklat Coco Jeli

Hari ini, bila sudah ada duit sikit, tidak pula anak tekak ni teringin nak makan. Hinggalah suatu hari ternampak Coklat Coco Jeli ni Tesco, ambil juga tanpa banyak soal.

Coklat Coco Jeli 1

Tapi sungguh , rasanya sungguh jauh berbeza dengan rasanya ketika kecik kecik dulu. Rasa sekarang tak sedap langsung. Tapi alang alang dah beli tu, kena habiskan juga. keh keh keh
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Syira Qahira All Rights Reserved